Wednesday, December 28, 2016

WASIAT TENTANG 5 PERKARA

1.      Jauhi perkara haram nescaya engkau akan menjadi manusia yang hebat dalam ibadah, aqidah, dan akhlak.
2.      Berpuas hati dengan pemberian Allah nescaya engkau akan menjadi manusia yang paling kaya hatinya.
3.      Berbuat baiklah dengan jiran tetangga nescaya kamu akan menjadi mukmin yang sejati.
4.      Sayangilah manusia lain seperti menyayangi diri sendiri nescaya engkau akan menjadi muslim yang sebenar.
5.      Janganlah engkau banyak ketawa kerana banyak ketawa akan mematikan hati.
PERTAMA, siapakah yang dikatakan manusia yang paling hebat dalam ibadah? Manusia yang banyak solat tahajud, qiyamullail tak pernah tinggal, umrah 2-3 kali setahun, haji setiap tahun, sedekah dan juga pelbagai ibadah lain. Hebat... Hebat... Bukankah ini yang dikatakan manusia yang hebat dalam ibadahnya? Tidak.
Hebat dalam ibadah adalah mereka yang menjauhi perkara haram kerana mereka yang banyak ibadah tidak semuanya ikhlas kerana Allah, ada penyakit hati yang barangkali turut melekat semasa melakukan ibadah seperti riyak, ujub dan sebagainya.
Apakah perkara haram? Apa yang Allah haramkan jauh lebih sedikit berbanding apa yang halal (sunat, harus dan makruh). Dalam perniagaan, Allah memberi lapangan untuk kita berniaga dan mengaut keuntungan tetapi Allah mengharamkan riba', penipuan penimbangan dan sebagainya. Dalam soal makanan, apa yang Allah haramkan jauh terlebih sedikit berbanding apa yang Allah halalkan. Maka, jauhilah yang haram dan syubhah kerana terlalu banyak lagi makanan yang dihalalkan.
Orang yang menjauhi perkara-perkara haram inilah orang yang hebat dalam ibadahnya. Berkahwin juga jauh lebih mudah berbanding mengelak dari zina. Maka, berhati-hatilah menjaga 'kesucian' diri. Jauhilah zina mata, zina telinga, zina hati dan sebagainya.
Jauhi perkara-perkara haram karena masih banyak perkara-perkara yang bias kita lakukan tanpa harus bersentuhan dengan sesuatu yang diharamkan Allah, yang dapat membuat kita celaka nantinya. Berhati-hatilah dalam menjalani hidup, layaknya seseorang yang menyebrang jalan. Orang yang menyeberang jalan itu sangatlah singkat waktunya, berbeda dengan orang yang berjalan di atas jalan. Meskipun sebentar tapi syarat dengan kehati-hatian.
Sesuatu yang haram tidak akan menjadi halal dikarenakan banyak orang yang melakukan. Sesuatu yang wajib tidak akan hilang kewajibannya dikarenakan banyak orang meninggalkannya. Artinya, meskipun semua manusia di muka bumi ini durhaka pada Allah swt, tidak akan mengurangi kemuliaan Allah, serta tidak akan mengurangi kerasnya siksaan bagi orang-orang yang membangkakng pada perintahNya.
KEDUA, berpuas hati dengan pemberian Allah. Apabila dikurniakan kekayaan maka bersyukurlah, perbanyakkanlah sedekah dan bayar zakat apabila sampai waktunya. Apabila diuji dengan kemiskinan tetap juga bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan, masih berusaha untuk memperbaikkan kehidupan. Manusia yang sentiasa redha dengan pemberian Allah akan sentiasa merasa ketenangan kerana bersyukur apa yang Allah berikan adalah rezeki, apa yang Allah tidak 'pinjamkan' nikmat Nya adalah kerana Dia pasti akan menggantikan dengan yang lebih baik.
KETIGA, berbuat baik dengan jiran tetangga. Dewasa kini, berapa ramai dari kita yang mengenali jiran tetangga. Siapakah yang dikatakan jiran? Kiraannya 40 di kiri, 40 di kanan, 40 di atas, 40 di bawah, 40 di depan, 40 di belakang. Ramainya jiran, tetapi sejauh mana kita mengenali jiran kita. Keluar subuh, pulang maghrib. Kalau bertemu pun masing-masing bergegas dengan urusan masing-masing, sekadar melemparkan senyuman. Itu sudah jauh lebih baik berbanding kita mencela, mengumpat dan melakukan perkara yang menyakiti hati jiran termasuklah melalak dalam rumah berkaraoke tanpa menghiraukan jiran yang sudah lanjut usia atau mempunyai anak kecil.
Bukan mudah untuk menjaga hati jiran tetangga, barangkali ada tindakannya yang menyakiti hati kita dan mungkin juga kita yang menyakiti jiran tetangga dengan bergaduh suami isteri sehingga mengganggu ketenteraman jiran. Berbuat baiklah sesama jiran tetangga, moga kita tergolong dikalangan manusia yang berusaha untuk menjadi mukmin yang sejati. Insya Allah.
KEEMPAT, sayangi manusia lain seperti menyayangi diri sendiri. Sejauh mana kita menyayangi diri sendiri, sejauh mana kita boleh berkorban untuk orang lain dan membelakangkan kepentingan diri sendiri. Tidak akan disayangi manusia yang tidak menyayangi. Kasih sayang itu tautan hati yang mengikat jiwa-jiwa, simpulan kasih yang terjalin akan membuahkan rindu.
Masakan hadir kerinduan andai hati tidak diikat dengan kasih sayang, masakan kita mampu menyayangi orang lain sebelum menyayangi diri sendiri. Belajar mengenali diri sendiri agar kita mampu menyayangi diri kita, supaya kita tahu bagaimana untuk menyayangi orang lain. Apakah yang dikatakan sayangi manusia lain? Sayang dalam konteks ini ialah kita sama-sama nak ke syurga bersamanya, sayang yang menatijahkan husnul khatimah. Insya Allah.

KELIMA, janganlah banyak ketawa kerana banyak ketawa mematikan hati. Dewasa kini, selalu terlihat wanita apatah lagi muslimah yang bergurau senda di khalayak ramai sambil menarik perhatian dengan ketawa yang berdekah-dekah. Dengan pakaian yang tidak sopan dan hati yang tidak dibalut dengan perasaan malu, ketawa yang kuat mengundang perhatian ramai. Apakah yang difikirkan oleh orang? Hebat? Cool? Tidak, selain mereka memandang sinis pada kalian. Maka, hindarilah perkara yang mematikan hati, kerana hati adalah wasilah tautan antara hamba dan Pencipta. Andai hati telah mati, tiada lagi pandangan kebaikan yang terlihat selain kenikmatan dalam melakukan maksiat. Na'uzubillah.

0 komentar:

Post a Comment